rakan-rakan blog tersayang

halo lady's......nk pilih bju mcm ne ye??jom tgok :)

 x konfiden bile nk pakai bju?
takut nmpak gemuk mahupun terlalu kering?
buntuh mcm ne nk berfesyen?
meh...kite bg awk tips sikit ok:)

 takut korang jadi mcm nie???

dan korang nk gaya mcm nie??


Apa yang bermain di fikiran korang sebelum membeli pakaian,kasut/ aksesori? 
Adakah korang hanya mementingkan jenama atau harga,ataupun potongannya yang sesuai dengan bentuk badan korang? Jika potongan yang bersesuaian dengan bentuk badan yang korang fikirkan,korang seorang yang BIJAK berfesyen !!

Bertubuh Rendah
Perlu berhati2 dengan pakaian yang berjalur-jalur dan tali pingang yang terlalu kecil. Pakaian yang terdiri dari warna-warna kontra dan jalur vertikal dan menyerong boleh membuatkan korang kelihatan lebih langsing. Elakkan pakaian yang bermotif/ corak terlalu banyak. Pilihlah tops yang mempunyai garis pinggang yang lebih tinggi. Hindarilah warna yang terlalu terang,sebaiknya pilihlah warna beige,hitam atau pastel.Jika tidak mahu badan melebar,pilih pakaian yang mempunyai motif kecil. Untuk seluar,pilih yang berpotongan lurus atau wide leg.Skirt pula sebaiknya skirt mini atau maxi.Elakkan memakai kasut dengan tali-temali melingkari betis,korang boleh nampak lagi PENDEK!!

Bertubuh Tinggi
Boleh mengenakan tali pinggang lebar,elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat,skirt yang terlalu panjang atau pendek.
Seluar panjang potongan hipster paling tepat.Jika pinggang berisi, lebih baik kenakan seluar panjang model 'full cut' (pinggang tinggi) dan hindari seluar berpotongan baggy atau yang mengecil di hujung. Untuk top,sebaiknya tops labuh yang melepasi pinggang. Elakkan tali pinggang yang terlalu ketat. Kasut bertumit tinggi melebihi 5 inci juga x digalakkan.

Bertubuh Gempal
Warna biru navy,hitam atau merah tua akan membuatkan korang lebih langsing. Untuk tampil 'slim n chic', jangan sesekali memilih baju longgar utk menyembunyikan lemak di badan. Baju berleher V boleh membuatkan korang nampak lebih kurus. Hindari skirt di bawah paras lutut atau skirt midi separas betis. Ia membuatkan anda seperti terpotong dan anda akan kelihatan lebih berisi dan pendek. Untuk pemiliha beg tangan, pilih aksesori berbentuk segiempat agar memberi efek lebih ringan. Kasut platform yang sangat tebal sgt tidak sesuai utk anda. Sebaiknya,pilih kasut bertumit ramping dan selesa.

Bertubuh Besar di bahagian atas
Perlu memilih jaket panjang tanpa span bahu untuk menyeimbangkan bahagian atas dan bawah badan. Elakkan blaus/kemeja berpotongan 'ruffles' atau 'detail' yang keterlaluan. Tops berpotongan silang boleh memberi ilusi yang lebih ramping. Jika ingin mengenakan aksesori, skarf boleh merampingkan tubuh bahagian atas. Pakai seluar atau skirt yang mempunyai lipatan atau kedutan supaya pandangan lebih tertumpu ke bahagian bawah badan. Kasut bertapak rata merupakan pilihan yang baik.

copy form:http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-69689.html

No comments:

Post a Comment

SAYANG KU....COMENT LA SIKIT ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers