rakan-rakan blog tersayang

HAI-HAI...
salam hari ni...
korang ape khabar?
sihat?
alhamdulillah kalau sihat semuanya:)
(pandang bawah,tibe2 air mate mengalir)
kenape ni?
ape da jadi?
oh lok mok!
boyfriend /girlfriend you curang?
how darenye dia!!!!
sebelum terlambat....
jom kite tengok...
pasangan korang ade tak perubahan macam nie:
 Terlalu kuat berahsia- tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya.Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya.Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut berasa curiga.selain itu,merahsiakan PASWORD FACEBOOK,TWITTER N BLA-BLA LAGI!

Kurang memberi perhatian terhadap diri anda- Pada permulaan kecurangan, anda dapat rasakan bahawa pasangan anda kurang memberi perhatian terhadap anda. Ini terjadi kerana mereka rasa bersalah terhadap diri anda. Kemudian mereka mula mencari kesalahan, menengking, berbual secara sinis dan mula menyalahkan anda untuk hal-hal kecil, hanya untuk mengatasi rasa bersalah.

Melayari internet sehingga tengah malam- Pada zaman yang serba canggih ini, terdapat juga pelbagai cara untuk curang. Salah satunya adalah dengan menggunakan kemudahan internet. Sekiranya sebelum ini pasangan anda tidak menghabiskan masa berjam-jam di hadapan internet dan secara tiba-tiba mereka melayari internet sehingga tengah malam, anda perlu tahu apakah aktiviti yang mereka lakukan di dunia maya itu. Terdapat pelbagai cara untuk anda mengetahui segala aktiviti yang dilakukan oleh pasangan anda di dunia maya.
Sikap Yang Tiba-Tiba Berubah- anda perasan sikapnya yang agak dingin atau ‘acuh tak acuh’ terhadap anda. Kalau dulu rajin sms, mungkin sekarang, sms pun dah jarang. Kalau sms pun, gaya bahasanya berlainan. Mungkin tak semesra dulu. Kini, anda pula yang sering sms si dia. Nak tunggu si dia reply, oh lambatnya.

Tidak Berminat- seolah-olah tidak berminat dengan anda. Tidak berminat dengan aktiviti yang anda lakukan, tidak berminat untuk berjumpa dan keluar dengan anda. Sebenarnya, dia sedang menjauhkan dirinya dari anda.

 Menjadikan Isu Kecil Menjadi Masalah Yang Besar- yang ingin beralih arah dalam percintaan biasanya menjadikan isu-isu kecil dalam perhubungan sebagai isu atau masalah yang besar. Kenapa? Mungkin kerana ia ingin menjadikan isu itu kononnya sebagai alasan mengapa dia mahu putuskan hubungan dengan anda, walhal bukanlah sebesar mana permasalahannya.
  Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama- dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan 1,000 alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda. 

Tidak lagi rajin menelefon anda- awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum.Jika suatu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk. Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.


No comments:

Post a Comment

SAYANG KU....COMENT LA SIKIT ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers